Segala puji hanya bagi Allah, kami memuji-Nya, memohon pertolongan dan ampunan kepada-Nya, kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri kami dan dari keburukan amal perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petunjuk, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya, dan barangsiapa yang Allah sesatkan, maka tidak ada yang dapat memberinya petunjuk.
Aku bersaksi bahawasanya tidak ada ilah yang berhak diibadahi dengan benar kecuali Allah, tidak ada sekutu bagi-Nya, dan aku bersaksi bahawasanya Nabi Muhammad S.A.W adalah hamba dan rasul-Nya.
Sesungguhnya sebenar-benar ucapan adalah Kitabullah (Al-Quran) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (As-Sunnah). Seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan (dalam agama), setiap yang diada-adakan (dalam agama) adalah bid'ah, setiap bid'ah adalah sesat, dan setiap kesesatan tempatnya di neraka.

Monday, July 25, 2011

Jom Exercise!!



Hari ni, cukup 2 bulan saya berusaha menurunkan berat.. Tanpa senaman.. Ok.. Dah turun dah dekat 6 kg dalam masa 2 bulan.. Tu pun main-main je.. Tak serius.. But, thanks HERBALIFE, Thank You ALLAH!!

Mulai minggu ni, saya nak mulakan latihan untuk shape up badan ni pulak la.. Lagipun nak bagi cepat sikit berat ni turun.. Agak-agaknya dah tepu kot lemak-lemak dalam badan ni semua..

Sunday, July 17, 2011

Anak-Anak, Kitalah Yang Mencoraknya..


Alhamdulillah, semalam mula mengajar 'anak didikku' mata pelajaran Sains dan Matematik.. Namanya Faiz Salimi.. Baru darjah dua.. Hari ni pula saya ajar Bahasa Inggeris.. Bila difikirkan secara logik, mengajar kanak-kanak darjah dua tidaklah mencabar sepertimana mengajar pelajar-pelajar yang sudah dewasa dan matang pemikirannya.. Yang mampu berfikir dan mengeluarkan idea-idea sendiri.. Tambahan pula, Faiz ni seorang yang sangat pendiam dan sangat mendengar kata.. Apa yang disuruh, dibuatnya..

Alhamdulillah, tugas saya mengajarnya agak mudah.. Dia seorang yang sangat pintar.. Sekali ajar saja dah faham. Cuma saya memahami, kanak-kanak lelaki tidak seperti kanak-kanak perempuan. Kanak-kanak perempuan selalunya lebih ramah dan dapat mendengar untuk masa yang lama. Tetapi kanak-kanak lelaki lebih sukakan sesuatu yang praktikal dan benda yang boleh disentuh.. Maknanya dengan mereka, kena banyak buat aktiviti atau 'amali'..

Tuesday, July 12, 2011

Antara Tauhid & Politik..


Oleh: Abdullah Abd Razak

Sememangnya politik atau siyasah ada disentuh dalam Islam tetapi segalanya dalam Islam itu bukanlah mengenai politik semata-mata. Politik atau daulah Islam itu bukan menjadi matlamat penting atau 'first priority' dalam Islam, tetapi yang seharusnya menjadi perkara utama adalah aqidah yang murni dalam mentauhidkan Allah S.W.T tanpa sebarang syirik kepada-Nya..

Lihatlah apakah intipati utama dalam dakwah yang dibawa oleh para Nabi dan Rasul.. Tujuan utamanya ialah TAUHID kepada Allah S.W.T, dan bukannya menegakkan daulah Islam atau berpolitik terlebih dahulu, kemudian baru hendak menegakkan tauhid.. Hal ini dinyatakan melalui firman Allah dalam surah an-Nahl: 36 dan surah al-Anbiya’: 25

Friday, July 1, 2011

Tidak akan Mengalah!! Bangunlah ~



Perjalanan hidup kian mencabar
Banyak yang diuji..
Lantas diri ini cuba bangun untuk melangkah..
Melangkah menuju redhaMu..

Namun, setiap kali melangkah aku terjatuh!
Aduh, sebegitu lemahkah diriku Ya ALLAH?
Inginku berlari ke arahMu
Namun bertatih pun sangat payah kurasakan..

Ya ALLAH, kuatkan hatiku
Kuatkan tekadku,
Kuatkan IMANku..
Jadikanlah aku SABAR dalam perjalananku menujuMu..

Walau berkali-kali ku rebah terjatuh, namun mengalah tidak sesekali!